BARANG LAMA DARI DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerbit lama turut menyumbang buku-buku dan majalah yang kini boleh dimasukkan ke dalam senarai klasik yang boleh mendebarkan sukma dan jantung hati para penggemar naskhah langka. Dalam simpanan, adalah sikit-sikit yang boleh diperagakan sekadar untuk perkongsian minat. Bahan cetakan lama terbitan DBP memang agak sukar untuk ditemui di pasaran terbuka.

Image

Dewan Masharakat, Jil.2, bil.10, 15 Oktober 1964

Image

Dewan Masharakat, jil.3, bil.12, 15 Disember 1965

Image

Dewan Masharakat, jil.1, bil.4, 15 Disember

Image

Dewan Masharakat, jil.4, bil.6, 15 Jun 1966

Image

Dewan Masharakat, jil.5, bil.4, 15 April 1967

Image

Dewan Masharakat, jil.6, bil.14, 15 April 1968

Image

Dewan Masharakat, jil.6, bil.12, 15 Disember 1968

Image

Dewan Masharakat, jil.7, bil.1, 15 Januari 1969

Image

Dewan Masharakat, jil.7, bil.8, 15 Ogos 1969

Dewan Masharakat keluaran awal ini menjadi wadah bacaan wajib bagi kebanyakan para pelajar Institut Pengajian Tinggi ketika itu. Ia juga merupakan bahan rujukan penting untuk pelajar peringkat Sijil Tinggi Persekolahan (STP) dan juga pelajar peringkat Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) bagi mempertajamkan fahaman dan hujahan dalam mata pelajaran Pengajian Am dan juga memfasihkan tentang lenggok bahasa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Tulisan-tulisan yang bermutu mencangkupi pelbagai isu menjadi bahan fakta yang penting ketika itu.

Untuk perbandingan dari segi teknik penerbitan, saya rasa Dewan Masharakat keluaran lama kelihatan lebih menarik jika dibandingkan dengan keluaran mutakhir.

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.1, Januari 1971 (keluaran sulung) dengan hiasan kulit oleh pelukis terkenal Sulaiman Esa

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.4, 15 April 1971, dengan hiasan kulit memfokuskan karya pelukis terkenal Indonesia, Affandi

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.5, 15 Mei 1971, dengan hiasan kulit dari lukisan Syed Ahmad Jamal

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.7, 15 Julai 1971. Hiasan kulit hasil garapan ilustrator dan pelukis terkenal, Hasan Majid

Dewan Sastera lama juga memberi impak  yang cukup besar terhadap sejarah kesuburan sastera di Malaysia. Ia berupa majalah berkaitan sastera 100% yang tunggal pernah diterbitkan ketika itu. Saya menjadi pelanggan tetap dan menjadi kewajiban utama untuk memilikinya setiap bulan semenjak keluaran pertama. Ketika pertama kali diterbitkan pada tahun 1971, saya sedang berada di Tingkatan Satu. Saya berusaha mendapatkan naskhah yang tercicir dengan menjelajah hampir seluruh kedai buku di sekitar Kota Bharu. Saya beruntung kerana naskhah yang tercicir berjaya ditemui disebuah kedai buku D.Y. Brother, yang banyak menyimpan naskhah yang tak  habis dijual. Dari harga asal 50 sen, saya mendapat naskhah tercicir itu dengan harga 20 sen sahaja. Murah! Kalau nak dibandingkan nilainya untuk masakini.

Tapi kini, entah macam mana saya sudah lama tidak melanggan Dewan Sastera. Pertama, kerana teknik dan grafik penerbitan sangat tidak menarik jika dibandingkan dengan keluaran peringkat awal. Bagaimanapun dari segi kandungan, Dewan Sastera masih memiliki kredebiliti sebagai sebuah majalah sastera yang unggul. Cuma untuk mendapatkannya agak sukar. Ini sebab kedua. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Majalah yang kerap bermain cik ku cat, seperti mana kata orang Kelate. Uh! Uh!

Image

Dewan Pelajar, jil.3, bil.1, Januari 1969

Inilah majalah yang banyak mempengaruhi minat saya untuk menulis. Dari Darjah 4 lagi atau lebih awal dari itu saya sudah membeli, membaca dan mengumpulnya. Dewan Pelajar banyak membantu tahap berbahasa saya sejak kecil lagi. Dengan cerita yang mantap dari penulis-penulis terkenal, dengan ilustrasi Hasan Majid yang menyentuh jiwa kanak-kanak dan dengan segalanya ada di situ, Dewan Pelajar menjadi bahan bacaan yang sangat digemari oleh pelajar peringkat rendah pada suatu ketika dahulu. Menyimpannya bererti mengingatkan kembali kehidupan masa kecil yang jauh dari huru-hara!

Image

Dewan Bahasa, Oktober 1957

Image

Dewan Bahasa, September 1958

Image

Dewan Bahasa, Januari 1966

Image

Dewan Bahasa, Januari 1969

Walaupun majalah ini berbentuk journal bahasa, namun seketika dulu ia turut mengisi bahan sastera kreatif seperti cerpen dan puisi. Tapi kini ia dimustaedkan sebagai journal bahasa 100% yang hanya mengisi bahan yang berkaitan dengan linguistik dan hal-hal berbahasa sahaja.Dewan Bahasa, pada dasarnya juga menjadi bacaan wajib dan turut disimpan sebagai bahan koleksi sejak dulu-dulu lagi. Tapi kini rasanya dah lama tak baca, sebab tak berapa nak faham dengan laras linguistik yang banyak sulur dan berbelit-belit…

Advertisements

About pokdi58

penyair,penulis dan bekas editor
This entry was posted in majalah dan buku DBP and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s