PANGGUNG RANI

Melihat pandangan lama sebuah pawagam yang terkambus dalam sejarah Kota Bharu.PANGGUNG RANI KOTA BHARU

Advertisements
Posted in kota bharu lama | Tagged | Tinggalkan komen

TOKO BUKU ASIA, PENAJAMAN MINAT TERHADAP KOMIK

Di sekitar tahun 1974, saya bertembung dengan zaman pertumbuhan subur dunia komik melalui sebuah penerbitan yang asasnya berpengkalan di Johor Bharu dan di Kuala Lumpur, tapi dilebarkan sayapnya di Kelantan, iaitu Toko Buku Asia, milik saudagar buku yang aktif ketika itu, Mr.Lee Loon. Dengan diurus tadbir oleh pelukis Yamin Daud dan dibantu oleh kartunis/komikus Hussein Saad, Penerbitan ini menjadi sumber baru untuk karyawan komik menerbitkan lukisan mereka.

Saya mengenali Yamin Daud di akhir tahun 1973 ketika beliau masih bertugas sebagai pelukis poster wayang gambar dan penjual tiket di Panggung Lido Kota Bharu. Yamin bersama abangnya, D.Yusoff menjadikan Panggung Lido sebagai tempat mencari rezeki dan juga memperkembangkan bakat senilukis mereka yang memperlihatkan sifat-sifat yang tersendiri.

Di samping itu, Yamin juga turut menghasilkan komik. Ketika Mr.Lee Loon merancang untuk menerbitkan komik, Yamin Daud dan Hussein Saad diserap ke dalam pengurusan Toko Buku Asia. Sahabat saya, Khuzae Mohd, yang diketahui minatnya yang tinggi terhadap senilukis telah diajak untuk turut menghasilkan komik. Saya selalu melepak di penerbitan ini bila mempunyai masa lapang. Dan di sini saya banyak menimba ilmu tentang penerbitan bahan komik. Minat terhadap komik menjadi semakin kukuh walaupun minat itu telah bercambah semenjak sekolah rendah lagi. Melalui Toko Buku Asia, saya lebih memahami komik dalam erti kata yang sebenarnya.

Imej

Bangunan asal pejabat Toko Buku Asia, di  Lorong Gajah Mati, melalui Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.Beroperasi di tingkat atas Amico

Lorong gajah mati

Ramai pelukis komik yang berbakat berjaya dilahirkan oleh Toko Buku Asia

di antara penerbitn milik Mr.Lee Loon

di antara penerbitan milik Mr.Lee Loon

Selepas beroperasi di Lorong Gajah Mati (melalui Jalan Sultanah Zainab), Toko Buku Asia kemudian berpindah ke Jalan Hospital, Paya Bemban.

yamin daud collections-1977

Yamin Daud dan Khuzae Mohd bergambar di hadapan pejabat Toko Buku Asia (1977).Di tingkat bawah Toko Buku Asia ketika itu adalah kedai gunting rambut

yamin daud collections-tba

Yamin Daud (berdiri) bersama Hussein Saad (Allahyarham,kiri), kartunis Rossem (depan) dan Maarof Awang (kanan) di penerbitan Toko Buku Asia, Lorong Gajah Mati

yamin daun-hussein saad=maarof awang-saari am

Yamin Daud, Hussein Saad (depan), Maarof Awang dan Saari AM (belakang) merupakan nadi utama Toko Buku Asia ketika itu

Di Toko Buku Asia saya mengenali ramai pelukis komik yang gigih bergiat ketika itu seperti Hussein Saad, pelukis siri komik Wak Dojer, Maarof Awang, Saari AM, Rossem dan beberapa lagi. Komik-komik terbitan Toko Buku Asia termasuk dua buah majalah Anak Kijang dan Dewi Jelita mendapat sambutan yang baik daripada peminat komik ketika itu. Setelah sekian lama pasaran komik merosot, yakni selepas era Pustaka Antara dan Sinaran Bros, Toko Buku Asia seakan menunjuk jalan baru kepada perkembangan komik Melayu ketika itu.

anak kijang-bil.10-Toko Buku Asia

majalah komik Anak Kijang terbitan Toko Buku Asia

Jelita-Toko Buku Asia 1975

majalah Dewi Jelita

karwana penunggu tasik01-siri kedua-hamid al-bakri-toko buku asia-1975

Karwana Penunggu Tasik, oleh Hamid Al-Bakri, terbitan Toko Buku Asia (1975)

ruso di padang pasir01-D.Yusoff-toko buku asia 1975

Ruso Di Padang Pasir, oleh D.Yusoff, terbitan Toko Buku Asia (1975)

singa singa berantai01-jaro-toko buku asia 1976

Singa-Singa Berantai, oleh Jaro, terbitan Toko Buku Asia (1976)

ratna nilam01-hamid al-bakri-toko buku asia 1975

Ratna Nilam, oleh Hamid Al-Bakri, terbitan Toko Buku Asia (1975)

Sedikit sebanyak saya memahami komik di sini, di Toko Buku Asia yang kini berada dalam catatan sejarah. Nilai komik mungkin dipandang remeh tetapi sejarah untuk budaya kecil ini sangat bermakna untuk kita melihat jalur senilukis yang memiliki tahap yang pelbagai. Komik mempunyai nilai budaya yang tersendiri

anak kijang17

Wak Dojer merupakan siri yang sangat popular yang diterbitkan melalui majalah Anak Kijang terbitan Toko Buku Asia

anak kijang12

Di antara komik hasil lukisan Yamin Daud yang diterbitkan melalui Anak Kijang

tirana dengan aprit01-mik alba pasir puteh-toko buku asia-1975

Tirana Dengan Aprit, oleh Mik Alba, terbitan Toko Buku Asia (1975)

anak kijang19

di antara komik-komik yang mengangkat Toko Buku Asia sebagai penerbit komik yang berwibawa ketika itu

Hari ini, komik Melayu dengan jatidiri budaya tempatan seakan hilang oleh serbuan tentera Manga. Pelukis komik generasi baru seperti hilang arah. Penerbit juga seperti kemaruk sangat dengan gaya Manga apabila hampir 90 peratus majalah dan komik terbitan mutakhir mengambil semangat Manga ke dalam setiap ilustrasi dan sisipan komik terbitan mereka. Mengapa tidak kembali kepada akar kita yang sangat kuat dan kukuh?

 

Posted in buku komik dan penerbitan | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

MUZIK YANG BERGERAK

Muzik, irama dan lagu, seperti yang kita kenal adalah sebahagian seni yang hidup dan membudayakan hampir keseluruhan umat sejagat. Siapa yang tak pernah mendengar lagu? Menikmati lunak nyanyian dan tutur larik kata yang kadang-kadang tinggi nilainya dan adakala mutunya seumpama sampah.

Muzik dan lagu bertutur mengikut pergerakan zaman. Perkembangannya bergerak selaras dengan kemajuan teknologi. Dari zaman piring hitam batu, tape rekorder, radio, kaset, katrij, cd dan seumpamanya lagi turut membawa beribu-ribu nota sejarah perkembangan lagu dan muzik.

Begitu ramai jumlah para kolektor yang terjun ke dalam hobi mengutip dan mengumpul bahan-bahan berkaitan seni lagu dan muzik kerana ia merupakan item yang terus hidup dan tak pernah mati-mati. Seperti muzik dan lagu yang didengar di setiap pelusuk benua, irama dan lagu juga turut tercipta saban hari, saban saat dan ketika.

Saya tidak begitu cenderung untuk turut masuk ke daerah seni yang mengasyikkan ini, tapi masih mempunyai minat untuk merasai apa yang dikatakan nikmat oleh sesetengah kolektor bidang ini.

Imej

pemain muzik generasi awal, gramophone memiliki nilai faedah yang tinggi

Imej

pemain kaset

Perkembangan teknologi selalu membawa cerita dan peristiwa. Barang-barang atau alatan yang berkaitan muzik dan audio untuk suatu ketika dulu turut membawa kesan kenangan yang sangat dalam terhadap hampir kebanyakan manusia. Kita sedikit sebanyak turut terlibat. Muzik dan lagu sering membawa warna sejagat, walaupun larik kata tak difahami tapi masih mampu dinikmati. Inilah nilai muzik, nilai lagu dan lenggok irama yang dilantunkan oleh biduan dan biduanita di seluruh pelusuk alam.

Imej

koleksi seperti ini dikira sangat bernilai untuk masakini

Imej

piring hitam LP dari persembahan tokoh pop yeh-yeh, A.Ramli memiliki nilai tersendiri.

Saya kadang-kadang kagum melihat para peminat dan kolektor barangan lama begitu gigih berusaha dan menjelajah ke segenap daerah dan negara, waima sampai ke luar negara semata-mata untuk mencari dan mendapatkan bahan-bahan lama dan bersejarah ini. Usaha yang gigih ini, sama ada oleh individu yang menjadikannya sebagai pelaburan atau semata-mata bertujuan untuk simpanan sebenarnya patut dibanggakan. Khazanah yang terpendam dimungkinkan timbul kembali melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka.

Imej

A.Ramli, sinonim untuk alaf pop yeh-yeh

Imej

piring hitam dalam bentuk EP Anita Sarawak,Talipon Berbunyi keluaran 1971

Imej

Bahagian belakang EP Talipon Berbunyi, Anita Sarawak

Imej

LP Bakat TV 1971 ini diterbitkan oleh RTM dengan kerjasama Everyday, sebagai penaja Pertandingan Bakat TV yang pertama kali dianjurkan oleh RTM

Imej

Bahagian belakang LP Bakat TV 1971

Imej

S.Effendy, LP berjudul Dahulu

Imej

S.Effendy, bahagian belakang

Imej

Uji Rashid, Ku Kekosongan, mencetuskan fenomena untuk dekad 70an

Imej

Ku Kekosongan, LP Uji Rashid di era kegemilangan karya Ahmad Nawab

Lagu dan irama memang tak boleh dipisahkan. Kolektor dan bahan koleksinya juga tidak terpisah. Nilai sejarah yang dibawa oleh muzik turut mewarnai jiwa dan wajah tanahair. Saya mungkin lebih meminati bahan lama dalam bentuk buku tapi di luar sana ada berjuta manusia yang memiliki minat dalam berjuta-juta perkara yang mungkin pelik dan tak terduga bagi fahaman kita. Mengapa harus berasa pelik? Nilai ukuran minat takkan sama, seperti juga gerak fikir dan pemahaman hidup tidak akan seturut seperti apa yang kita fikirkan. Itulah dinamakan kehidupan!

Posted in muzik dan lagu | Tagged , , , , , , | Tinggalkan komen

LELAKI CREATIVE ENTERPRISE

Majalah LELAKI, pertama kali diterbitkan pada Mei 1980 oleh Creative Enterprise Sdn Bhd dengan memberi fokus kepada kecemerlangan tulisan, foto dan grafik. Dengan diterajui oleh tokoh-tokoh pelukis dan perancang penerbitan yang memiliki visi tersendiri seperti Mishar, Jaafar Taib, Azman Yusof, Zainal Buang Hussein, LELAKI menjadi sebuah majalah yang berada dalam kedudukan yang tersendiri.

majalah LELAKI, bil.1, Mei 1980

majalah LELAKI, keluaran pertama, bil.1, Mei 1980

Image

promo LELAKI ketika edaran pertama berada di pasaran

Dengan dibantu oleh Hanafiah Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Kerengge, yang menjadi tulang belakang utama dari segi pelaksanaan rekabentuk, susun-atur dan grafik untuk seluruh halaman LELAKI, telah menjadikan majalah ini berada di garis depan dari segi mutu dan persembahannya.

Dengan harga pasaran RM3 ketika itu, ia dianggap sebuah majalah yang mahal. Namun bagi pencinta bahan bermutu, harga itu masih dianggap berbaloi. Tidak terdapat majalah lain ketika itu yang mampu menyaingi LELAKI dari segi kekuatan grafik dan bahan tulisan yang dikira sangat lunak dan sesuai dengan selera pembaca baru.

Image

LELAKI, no.3, Julai 1980

Penulis-penulis yang berbakat besar sebagai penyumbang menurut kepakaran bidang masing-masing juga membuat pembaca mendapat banyak pilihan untuk sumber pengetahuan. Tulisan-tulisan yang merangkumi hampir seluruh bidang seperti agama, psikologi, ekonomi, pelancongan, sukan, kesusasteraan, senilukis, kedoktoran, perfileman, kepenggunaan, hobi dan sebagainya.

Image

LELAKI, no.5, September 1980

Tulisan berbentuk satira, humor dengan selitan kartun-kartun penyendal yang sinikal hasil karya Rejabhad dan Zainal Buang Hussein menjadikan LELAKI kelihatan sangat mantap.Penulis-penulis seperti Ignatius Dev Anand, Sabri Said, Husni HS, Rahman Shaari (Jufrie Jantan), A.Talib Mohd Hassan, Prof. Khoo Khy Kim dan sebagainya lagi turut memberi impak besar terhadap kekuatan LELAKI.

Image

LELAKI, no.6, Oktober 1980

Kecemerlangan LELAKI dari segi fotografi hampir keseluruhannya ditangani oleh photographer handalan, Mohd Arif Azahari yang bijak mengeksploitasi teknik secara kasual di zaman non digital atau bantuan photoshop seperti mana amalan masakini. Keupayaan fotografi melalui sentuhan Mohd Arif Azahari meletakkan LELAKI seperti sebuah panggung majalah yang menayangkan persembahan gred A. Susun-atur (layout) garapan Hanafiah menumbuhkan gejala baru terhadap bidang grafik.

Image

LELAKI, no.7, November 1980

Ilustrasi sentuhan Azman Yusof yang terkenal dengan kelicikan membentuk figura melalui halaman ‘Dara Azman’ di halaman tengah, yang juga turut menjadi poster untuk majalah LELAKI seakan menjadi igauan bagi ramai peminat poster seksi. Ilustrator luar yang menyumbang untuk LELAKI seperti Mohas, Ayen, Hasan Majid, malah Kerengge juga turut menjadikan lelaki sangat variasi dari segi persembahannya.

Image

LELAKI, no.19, Februari 1982

Image

contoh poster Dara Azman

Image

LELAKI, no.20, mac 1982

Image

LELAKI, no.21, April 1982

LELAKI dikira amat berbaloi untuk dikumpul sebagai koleksi. Ia memberi satu garis petanda terhadap kecemerlangan bidang penerbitan majalah yang ditangani oleh anak-anak Melayu yang  gigih dan bijaksana mencari pendekatan baru dalam bidang penerbitan. Saya sedikit beruntung kerana memiliki hampir lengkap majalah LELAKI sebelum ia tertimbus dalam keranda KDN yang buta huruf tentang makrifat seni!

Posted in Lelaki | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

BARANG LAMA DARI DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerbit lama turut menyumbang buku-buku dan majalah yang kini boleh dimasukkan ke dalam senarai klasik yang boleh mendebarkan sukma dan jantung hati para penggemar naskhah langka. Dalam simpanan, adalah sikit-sikit yang boleh diperagakan sekadar untuk perkongsian minat. Bahan cetakan lama terbitan DBP memang agak sukar untuk ditemui di pasaran terbuka.

Image

Dewan Masharakat, Jil.2, bil.10, 15 Oktober 1964

Image

Dewan Masharakat, jil.3, bil.12, 15 Disember 1965

Image

Dewan Masharakat, jil.1, bil.4, 15 Disember

Image

Dewan Masharakat, jil.4, bil.6, 15 Jun 1966

Image

Dewan Masharakat, jil.5, bil.4, 15 April 1967

Image

Dewan Masharakat, jil.6, bil.14, 15 April 1968

Image

Dewan Masharakat, jil.6, bil.12, 15 Disember 1968

Image

Dewan Masharakat, jil.7, bil.1, 15 Januari 1969

Image

Dewan Masharakat, jil.7, bil.8, 15 Ogos 1969

Dewan Masharakat keluaran awal ini menjadi wadah bacaan wajib bagi kebanyakan para pelajar Institut Pengajian Tinggi ketika itu. Ia juga merupakan bahan rujukan penting untuk pelajar peringkat Sijil Tinggi Persekolahan (STP) dan juga pelajar peringkat Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) bagi mempertajamkan fahaman dan hujahan dalam mata pelajaran Pengajian Am dan juga memfasihkan tentang lenggok bahasa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Tulisan-tulisan yang bermutu mencangkupi pelbagai isu menjadi bahan fakta yang penting ketika itu.

Untuk perbandingan dari segi teknik penerbitan, saya rasa Dewan Masharakat keluaran lama kelihatan lebih menarik jika dibandingkan dengan keluaran mutakhir.

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.1, Januari 1971 (keluaran sulung) dengan hiasan kulit oleh pelukis terkenal Sulaiman Esa

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.4, 15 April 1971, dengan hiasan kulit memfokuskan karya pelukis terkenal Indonesia, Affandi

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.5, 15 Mei 1971, dengan hiasan kulit dari lukisan Syed Ahmad Jamal

Image

Dewan Sastra, jil.1, bil.7, 15 Julai 1971. Hiasan kulit hasil garapan ilustrator dan pelukis terkenal, Hasan Majid

Dewan Sastera lama juga memberi impak  yang cukup besar terhadap sejarah kesuburan sastera di Malaysia. Ia berupa majalah berkaitan sastera 100% yang tunggal pernah diterbitkan ketika itu. Saya menjadi pelanggan tetap dan menjadi kewajiban utama untuk memilikinya setiap bulan semenjak keluaran pertama. Ketika pertama kali diterbitkan pada tahun 1971, saya sedang berada di Tingkatan Satu. Saya berusaha mendapatkan naskhah yang tercicir dengan menjelajah hampir seluruh kedai buku di sekitar Kota Bharu. Saya beruntung kerana naskhah yang tercicir berjaya ditemui disebuah kedai buku D.Y. Brother, yang banyak menyimpan naskhah yang tak  habis dijual. Dari harga asal 50 sen, saya mendapat naskhah tercicir itu dengan harga 20 sen sahaja. Murah! Kalau nak dibandingkan nilainya untuk masakini.

Tapi kini, entah macam mana saya sudah lama tidak melanggan Dewan Sastera. Pertama, kerana teknik dan grafik penerbitan sangat tidak menarik jika dibandingkan dengan keluaran peringkat awal. Bagaimanapun dari segi kandungan, Dewan Sastera masih memiliki kredebiliti sebagai sebuah majalah sastera yang unggul. Cuma untuk mendapatkannya agak sukar. Ini sebab kedua. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Majalah yang kerap bermain cik ku cat, seperti mana kata orang Kelate. Uh! Uh!

Image

Dewan Pelajar, jil.3, bil.1, Januari 1969

Inilah majalah yang banyak mempengaruhi minat saya untuk menulis. Dari Darjah 4 lagi atau lebih awal dari itu saya sudah membeli, membaca dan mengumpulnya. Dewan Pelajar banyak membantu tahap berbahasa saya sejak kecil lagi. Dengan cerita yang mantap dari penulis-penulis terkenal, dengan ilustrasi Hasan Majid yang menyentuh jiwa kanak-kanak dan dengan segalanya ada di situ, Dewan Pelajar menjadi bahan bacaan yang sangat digemari oleh pelajar peringkat rendah pada suatu ketika dahulu. Menyimpannya bererti mengingatkan kembali kehidupan masa kecil yang jauh dari huru-hara!

Image

Dewan Bahasa, Oktober 1957

Image

Dewan Bahasa, September 1958

Image

Dewan Bahasa, Januari 1966

Image

Dewan Bahasa, Januari 1969

Walaupun majalah ini berbentuk journal bahasa, namun seketika dulu ia turut mengisi bahan sastera kreatif seperti cerpen dan puisi. Tapi kini ia dimustaedkan sebagai journal bahasa 100% yang hanya mengisi bahan yang berkaitan dengan linguistik dan hal-hal berbahasa sahaja.Dewan Bahasa, pada dasarnya juga menjadi bacaan wajib dan turut disimpan sebagai bahan koleksi sejak dulu-dulu lagi. Tapi kini rasanya dah lama tak baca, sebab tak berapa nak faham dengan laras linguistik yang banyak sulur dan berbelit-belit…

Posted in majalah dan buku DBP | Tagged , , , | Tinggalkan komen

MAJALAH YANG MERAMAS OTAK

Banyak bahan-bahan terbitan lama terutama majalah menjadi peramas otak dan penggerak fikiran masyarakat suatu ketika dahulu. Tulisan yang membawa gagasan dan tunjukcara baru sedikit sebanyak membantu pemikiran pembaca untuk beranjak dan berubah.

Peranan tulisan sangat berkesan, mata kalam lebih tajam dari sembilu. Majalah-majalah seperti Pengasoh, Qalam, Mujallah Guru, Mastika dan seumpamanya lagi sering membawa idea dan pemikiran baru untuk ditelaah oleh pembaca. Sikit, atau banyak, setidak-tidaknya ia berjaya menjentik otak dan meramas fikiran dari terbenam dalam karat jumud dan hidup dalam tempurung kecil.

Image

Mujallah Guru, Jilid 30, April 1954

Image

Mastika, Ogos 1954

Image

Pengasoh, bil.312, 1958

Image

Pengasoh, bil.322, Januari 1960

Image

Pengasoh, bil.436, Ogos 1978

Image

Qalam, Mac-April 1964

Image

Qalam, 1961

Dengan semangat kemerdekaan, dengan rasa ingin berubah, pembaca mencari sesuatu bagi memugar fikiran dalam berdepan dengan dunia baru yang bakal berubah. Majalah yang peka dengan keinginan intelektual baru turut membawa jeritan perubahan dalam setiap kandungan tulisan dan artikel sama ada melalui sudut pandangan Islam dan sosiologi peradaban baru. Walaupun berabad terbenam dalam kubur sejarah, jasa majalah lama masih dapat dirasa dan masih boleh dikenang sebagai suatu peradaban dalam sejarah Bangsa Melayu.

Posted in majalah buruk | Tagged , , | Tinggalkan komen

SURAT BERANAK

Image

surat beranak, bahagian depan

Surat tak boleh beranak, tapi orang yang beranak. Ia hanya menjadi penanda dan penyata kepada orang yang beranak. Barang lama seperti ini sangat penting untuk menjelaskan beberapa urusan yang memerlukan surat pendaftaran kelahiran. Tapi ada yang tak mengambil endah apatah lagi untuk menjaganya dengan baik.

Image

surat beranak, bahagian belakang

Surat beranak ini milik kakak saya yang ditemui dalam laci lama di rumah peninggalan orang tua kami. Hampir hancur. Mengingatkan ia berupa sejarah hidup yang patut dijaga, saya rawat dan cantum mana yang koyak. Dan surat beranak ini akhirnya terselamat dari musnah.

Image

surat beranak abang sulung saya, bahagian depan

Image

bahagian belakang

Sejarah kelahiran seseorang boleh dilihat melalui catatan yang tertulis melalui dokumen seperti ini. Namun catatan kelahiran abang sulung saya ini dibuat agak lewat. Sistem pendaftaran kelahiran zaman dulu tidak sistemetik seperti mana hari ini.Abang saya kini sudah menjangkau lebih 70 tahun usianya. Manakala pendaftaran kelahirannya dibuat ketika usia sudah melebihi 15 tahun. Zaman dulu, hal ini adalah lumrah dan menjadi perkara biasa.

Kalau sekarang, sudah pasti kita akan jadi pendatang haram atau warga tanpa negara. Hari ini, keluar saja dari rahim ibu,tergopoh-gapahlah bapa, abah dan daddy berkejar untuk mendaftarkan kelahiran orang baru. Kalau lambat tak berwarganegaralah kita

Posted in ceritalah | Tagged , , | Tinggalkan komen